عن أبي سعيد الخُدريِّ رضي اللَّه عنه قال : قال رَجُلُ أَيُّ النَّاسِ أفضَلُ يارسولَ اللَّه ؟ قال : « مُؤْمِنٌ مجَاهِدٌ بِنَفسِهِ وَمَالِهِ في سبيل اللَّه » قال : ثم من ؟ قال : «ثم رَجُلٌ مُعتَزِلٌ في شِعْبٍ مِن الشِّعَاب يَعبُدُ رَبَّهِ » .وفي روايةٍ « يتَّقِي اللَّه . ويَدَع النَّاسِ مِن شَرّْهِ » متفقٌ عليه .
Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Ada seorang lelaki berkata: “Manakah orang yang paling utama itu, ya Rasulullah?” Beliau s.a.w. bersabda: “Iaitu seorang mu’min yang berjihad dengan badannya dan hartanya fi-sabilillah.” Kemudian orang itu bertanya lagi: “Selanjutnya siapakah?” Beliau s.a.w. bersabda: “Kemudian seorang yang memencilkan dirinya dalam suatu jalanan di gunung – maksudnya suatu tempat di antara dua gunung yang dapat digunakan sebagai kediaman – dari beberapa tempat di gunung, untuk menyembah kepada Tuhannya.”
Dalam riwayat lain disebutkan: “Kerana ia bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan para manus
ia dari keburukannya diri sendiri” – jadi mengasingkan diri dari orang banyak, sehingga tidak akan sampailah keburukannya diri sendiri itu kepada orang-orang banyak tadi.
(Muttafaq ‘alaih)
*Pondok Pesantren Putri Al-Hasanah Darunnajah 9 Pamulang*
081285178815, 087825502141
www.darunnajah.com
https://www.facebook.com/darunnajah9pamulang/
@darunnajah9